Sunday, May 31, 2009

Bolton Berminat Dapatkan Scholes

http://www.soccercommunities.com/image.axd?picture=2009%2F4%2FPaulScholes.jpg
Paul Scholes dalam perkiraan untuk meninggalkan Manchester United musim depan. Pemain tengah berusia 34 tahun itu yang jarang mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama United musim lalu berhasrat tampil sebagai pemain utama buat mana-mana pasukan sebelum mengumumkan persaraannya. Bolton Wanderers diberitakan bersedia untuk membawa bekas pemain tengah England itu ke Stadium Reebok musim depan. Scholes dan pemain-pemain seangkatannya seperti adik beradik Neville, David Beckham dan Nicky Butt cukup terkenal dengan gelaran Class Of 92 hasil program pembangunan pemain remaja United ketika itu.
http://www.soccerbyives.net/soccer_by_ives/images/2008/04/29/paul_scholes_winner_ap.jpg
Scholes sendiri akur dengan kemampuan fizikal dan prestasinya semakin menurun serta merancang untuk bersara selepas tamat musim 2009/2010, namun pemain tengah berpengaruh itu tidak mahu menghabiskan detik-detik akhir kariernya dengan hanya memanaskan bangku simpanan United. Memandangkan Scholes masih mempunyai baki kontrak semusim lagi bersama United, Bolton harus menyediakan dana bagi membiayai perpindahan pemain tengah veteran itu. Menurut akhbar The Sun, United tidak keberatan untuk melepaskan Scholes berhijrah ke pasukan lain musim depan. Selain Bolton, Scholes juga menjadi sasaran Stoke City yang berminat menagih khidmatnya selain tawaran sebagai jurulatih kelab itu selepas Scholes bersara kelak.

No comments:

Post a Comment