Tuesday, June 23, 2009

United Cuba Dapatkan Aguero

http://images1.fanpop.com/images/photos/1500000/Sergio-Kun-Aguero-sergio-aguero-1521660-1024-768.jpg
Akhbar harian Sepanyol El Marca mendedahkan Manchester United sedia membelanjakan 60 juta Euro untuk mendapatkan khidmat penyerang handalah Athletico Madrid, Sergio `Kun' Aguero. Penyerang antarabangsa Argentina itu agak kurang cemerlang sepanjang musim lalu namun diakui antara pemain muda terbaik dunia ketika ini. Aguero juga dikhabarkan menjadi sasaran kelab-kelab gergasi lain seperti Chelsea, Real Madrid dan Barcelona.

Sebelum ini, Athletico Madrid telah mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan sebarang tawaran untuk mendapatkan khidmat dua penyerangnya, Diego Forlan dan Aguero. Walau bagaimanapun United dilihat masih punya kesempatan untuk mendapatkan khidmat Aguero jika sanggup membayar harga tinggi apatah lagi pemain berusia 21 tahun itu pastinya sukar menolak peluang menyarung jersi United.

Thursday, June 18, 2009

United Serius Pantau Kelibat Van Persie

Arsenal's Robin Van Persie
Manchester United melihat ada ruang yang besar untuk mereka memikat penggempur Arsenal dan juga bintang antarabangsa Belanda, Robin Van Persie. Van Persie seolah-olah telah memberikan isyarat kepada pihak pengurusan Arsenal untuk berhijrah apabila beliau tidak memberikan sebarang komitmen terhadap kontrak baru yang ditawarkan kepadanya. Diberitakan Sir Alex Ferguson telah menyediakan dana sebanyak 20 juta Pound bagi mendapatkan khidmat Van Persie dan kehadiran penggempur itu dilihat mampu mengisi kekosongan dibarisan serangan andainya Carlos Tevez melangkah keluar dari Old Trafford.

Antara penggempur digeruni dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Van Persie sememangnya amat dahagakan kejuaraan dan selama menyarung jersi skuad The Gunners dia hanya berjaya menjulang Piala FA pada musim 2004/05. Arsenal telah menawarkan tawaran gaji baru sebanyak 80 ribu Pound seminggu namun jumlah itu terlalu jauh dari apa yang diterima oleh Wayne Rooney dan Rio Ferdinand di Old Trafford. Menurut Van Persie, wang merupakan salah satu faktor penting buat seorang pemain namun memenangi kejuaraan adalah segala-galanya dan United dilihat merupakan tempat terbaik buat Van Persie merealisasikan impiannya menjulang lebih banyak trofi.

Sunday, May 31, 2009

United Dalam Usaha Bawa Masuk Frank Ribery

Franck Ribery celebrates his goal
Pengurus Besar Bayern Munich, Uli Hoeness mendedahkan Manchester United telah membuat tawaran untuk membeli pemain tengah Perancis, Frank Ribery. Tawaran ini dilihat sebagai persediaan United andainya Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid. Ronaldo ketika ditanya wartawan tentang spekulasi perpindahannya ke Bernabeu selepas United tumpas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara enggan memberi sebarang komen. Walaupun sebelum ini bintang antarabangsa Portugal itu menyatakan dia selesa di Old Trafford namun kekalahan kepada Barca pasti membuatkannya mempertimbangkan semula kedudukannya bersama skuad Red Devils musim depan. Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo, United melihat Ribery sebagai taruhan terbaik untuk menggantikan CR7. Walau bagaimanapun semua akhirnya akan bergantung kepada Ronaldo sendiri. Sebelum ini khabar angin bertiup kencang tentang tawaran United kepada Bayern untuk mendapatkan Ribery namun disanggahkan oleh pengurusan di Old Trafford.

Hoeness sendiri tidak mendedahkan butiran terperinci tentang tawaran yang dibuat oleh United namun menegaskan perbincangan tidak akan diadakan jika harga untuk mendapatkan Ribery di bawah 34 juta pound. Sebarang kemungkinan juga bakal berlaku jika mengambil kira situasi politik di Real Madrid menjelang pemilihan presiden kelab gergasi Sepanyol itu. Jika Florentino Perez menang jawatan itu maka pastinya Zinedine Zidane akan dilantik sebagai Pengarah Sukan dan Ribery mungkin menjadi pilihan utama Madrid berbanding Ronaldo yang mempunyai tanda harga lebih tinggi. Sementara itu pihak pengurusan Bayern telah menafikan Chelsea ada membuat tawaran untuk mendapatkan Ribery. Perkara itu dinyatakan oleh pegawai media Bayern, Marcus Horwick yang menegaskan bahawa Ribery tidak akan dijual. Rumor perpindahan bintang antarabangsa Perancis ini nampaknya tidak akan reda dalam waktu terdekat memandangkan minat yang tinggi ditunjukkan oleh kelab-kelab gergasi Eropah terhadapnya.

Ronaldo Bakal Tinggalkan Old Trafford?

Footballers: Ronaldo sinks to the floor
Rumor perpindahan Cristiano Ronaldo ke Santiago Bernabeu tampak semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Ronaldo seolah-olah telah memberi isyarat jelas untuk meninggalkan Old Trafford musim depan sebaik saja pasukannya tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara Khamis lalu. Kegagalan United mempertahankan trofi Liga Juara Juara menguatkan lagi keinginan Ronaldo untuk berhijrah ke Madrid dan memberikan ruang buat Florentino Perez yang dalam usahanya menduduki kerusi presiden memancing Ronaldo berpindah ke skuad Los Galacticos. Khabar angin juga bertiup kencang betapa hubungan antara Ferguson dan Ronaldo kini memasuki fasa perang dingin apabila bintangnya itu secara terbuka menyatakan kepada media bahawa strategi yang digunakan Ferguson punca utama United tewas kepada Barca.

Ronaldo dalam wawancaranya dengan akhbar The Sun, enggan membicarakan tentang perkembangan kelabnya sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada skuad kebangsaan Portugal dalam kempen kelayakan Piala Dunia zon Eropah. Ditanya tentang masa depannya bersama United, Ronaldo enggan memikirkan perkara itu. Spekulasi ini jelas menggembirakan Real Madrid yang memang menaruh minat untuk mendapatkan tandatangan Ronaldo sejak musim lalu dan dengan tawaran yang tepat tidak mustahil Santiago Bernabeu akan menjadi destinasi Ronaldo musim depan. Perez dilaporkan bersedia menawarkan kepada United sebanyak 80 juta Pound untuk membawa Ronaldo keluar dari Old Trafford dan cukup optimis akan berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap itu. Beliau juga melabelkan usaha mendapatkan Ronaldo sebagai projek mega buat Madrid dan meneruskan tradisi Perez yang berjaya mengumpulkan bintang-bintang besar sehingga skuad itu digelar Los Galacticos.

Tevez Mungkin Ke Eastlands

Manchester United's Carlos Tevez waves to the home fans after he is substituted
Carlos Tevez

Bukan Real Madrid dan bukan juga Liverpool yang akan menjadi pilihan Carlos Tevez musim depan tetapi jiran setempat United, Manchester City semakin hampir mendapatkan khidmat Carlitos. Liverpool sebelum ini dikhabarkan sedang menyediakan kontrak selama tiga tahun dan gaji sekitar 160,000 Pound sementara Madrid pula memang berminat untuk mendapatkan tandatangan Tevez walaupun tidak pernah mendedahkan butiran terperinci kontrak yang ditawarkan. Bagaimanapun hasrat kedua-dua kelab gergasi itu kini mendapat saingan serius dari City yang juga merupakan kelab terkaya dunia ketika ini sejak pengambilalihan oleh Abu Dhabi United Group.
http://www.virginmedia.com/images/g-barry.jpg
Gareth Barry

Kelab berpangkalan di Eastlands itu sanggup mengeluarkan belanja sebanyak 34 juta Pound bagi mendapatkan khidmat Tevez musim depan. Selain Tevez, City juga berminat membawa bintang tengah Aston Villa, Gareth Barry ke City of Manchester Stadium dengan tawaran sebanyak 10 juta Pound. Bintang tengah England itu juga menjadi sasaran Liverpool sejak musim lalu namun persoalan sekarang adakah Tevez dan Barry sanggup berhijrah ke Eastlands memandangkan City bukanlah sebuah kelab yang kaya dengan tradisi kejayaan dan tidak layak bersaing dalam kempen Liga Juara Juara musim depan.

Bolton Berminat Dapatkan Scholes

http://www.soccercommunities.com/image.axd?picture=2009%2F4%2FPaulScholes.jpg
Paul Scholes dalam perkiraan untuk meninggalkan Manchester United musim depan. Pemain tengah berusia 34 tahun itu yang jarang mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama United musim lalu berhasrat tampil sebagai pemain utama buat mana-mana pasukan sebelum mengumumkan persaraannya. Bolton Wanderers diberitakan bersedia untuk membawa bekas pemain tengah England itu ke Stadium Reebok musim depan. Scholes dan pemain-pemain seangkatannya seperti adik beradik Neville, David Beckham dan Nicky Butt cukup terkenal dengan gelaran Class Of 92 hasil program pembangunan pemain remaja United ketika itu.
http://www.soccerbyives.net/soccer_by_ives/images/2008/04/29/paul_scholes_winner_ap.jpg
Scholes sendiri akur dengan kemampuan fizikal dan prestasinya semakin menurun serta merancang untuk bersara selepas tamat musim 2009/2010, namun pemain tengah berpengaruh itu tidak mahu menghabiskan detik-detik akhir kariernya dengan hanya memanaskan bangku simpanan United. Memandangkan Scholes masih mempunyai baki kontrak semusim lagi bersama United, Bolton harus menyediakan dana bagi membiayai perpindahan pemain tengah veteran itu. Menurut akhbar The Sun, United tidak keberatan untuk melepaskan Scholes berhijrah ke pasukan lain musim depan. Selain Bolton, Scholes juga menjadi sasaran Stoke City yang berminat menagih khidmatnya selain tawaran sebagai jurulatih kelab itu selepas Scholes bersara kelak.